Coretan Cerita Kecil

| Monday, October 17, 2011 | 1 comments |
Adam ,seorang jejaka berusia 24 tahun... Dilahirkan di pantai timur... Membesar dan dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan cabaran... Sejak dari kecil, Adam dididik untuk tidak melawan dan merelakan setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya... Adam sentiasa tersenyum walaupun pedih dugaan yang dihadapinya...
Kerana sikapnya yang bersopan, Adam sering menjadi mangsa buli di kalangan rakannya... Dirinya sentiasa disalah ertikan dan selalu ditinggalkan... Baginya segala yang berlaku bukan seperti yang dia inginkan...

Adam tidak pernah terfikir untuk meninggalkan seseorang, kerana dia dapat merasai keperitan dalam hati seseorang yang ditindas... Dia tidak pernah diberi peluang untuk melakukan apa yang dia inginkan... Adam sentiasa mentaati arahan dan suruhan ibu bapanya walaupun setiap darinya mengganggu perjalanan kehidupan dan pelajaran Adam...

Bagi Adam hormat menghormati itu penting, walaupun dia tidak dihormati dan sering diiktiraf sebagai "loser",
dia sedikit pun tidak pernah berputus asa untuk memajukan dirinya... Adam tiada memiliki harta yang banyak, tetapi dia kaya dengan hati dan sering menyampaikan hati dan kasih sayangnya kepada orang lain, walaupun ditipu... Baginya semua itu adalah cabaran dalam hidupnya... 

bersambung...

ReNuNgaN

| Sunday, September 11, 2011 | 2 comments |
malam ni sakit kepala datang tiba-tiba... Cuba melihat masa hadapan tapi gelap gelita, mungkinkah ada cahaya?
Pelik kadang-kadang tengok manusia ni sana-sini buat hal, nak kate tak boleh fikir, ade je akal... Memang dunia memaksa kita untuk berbuat jahat ke? atau nafsu sendiri sebenarnya?

Itu tak boleh, ini tak boleh... dah tu ape yang boleh? kenapa orang lain boleh? kenapa kau tak boleh?
buat apa hidup tapi tak boleh buat apa yang kau mampu buat? kenapa kene buat sedangkan kau tak mampu nak buat?

Senang je, semuanya berasal dari akar yang sama, tapi bila nafsu menguasai diri, mulalah nak sekat kemaraan orang lain, masing-masing nak tunjuk hebat, nak tunjuk juara? wah,bukanke kita didunia untuk memperbanyakkan amal? kenapa sampai nak menindas orang lain? ikhlas ke bila kita nak tunjuk pada orang?
perlu ke bila kita dikenali orang? last-last mintak tolong pada orang yang kau sikit pon tak pandang...

siapa kita untuk menilai? siapa kita untuk mencorak? kita hanya pembimbing untuk kebaikan,bukan hamba nafsu serakah...

BraiN

| Saturday, August 27, 2011 | 1 comments |
bila minda bercelaru, pemikiran jadi keliru, pergerakan jadi tak menentu, pertuturan sudah tentu seperti ada batu... kadang-kadang kita tak dapat memahami sesuatu, atau pemahaman kita terlalu dalam hingga menyebabkan berlakunya kecelaruan minda...
klu kita tgk dr satu gambar yang ada... macam-macam persepsi kita boleh buat... ade orang kate macam tu, ada orang kata macam ni... sebenarnya tulah sifat manusia... cepat menilai sesuatu... tanpa diorang sedar yang nilai yang sebenar kemanusiaan itu... bila kita mudah meletakkan hukuman, sampai yang tak bersalah pon jadi taruhan,,,, apa yang kita sedar ?
bolehke kita buat andaian,sedangkan kita tidak mampu meramal apa yang bakal terjadi... setiap insan punya hak masing-masing... tapi,perlulah ada toleransi...
janganlah kerana nafsu kita menindas yang lemah.... renungkan...

bila hanya tubuh bicara

| Sunday, July 10, 2011 | 0 comments |
pulang dari hutan lipur lata meraung... owh, mungkin aku tidak lagi bisa mengungkapkan kecelaruan minda ini... aku kini sedar kebodohan demi kebodohan yang ku lakukan... hanya tubuh ini yang mampu untuk terus berbicara... Sakit, perlukan penawar... MUNGKIN tiada lagi penawar untuk sakitku ini... Cuba untuk terus bertahan, ketakutan demi ketakukan dan aku mangsa bagi kekejaman yang berlaku... Harap masih ada yang selamat diluar sana...

MARRIAGE

| Tuesday, May 10, 2011 | 0 comments |


Assalamualaikum, last2 update gak... baru2 ni pg my friend wedding kat kedah... Ya ALLAH x sangke kawan 2 da berkahwin, tgk muke dia mase nk akad nikah punye a xtenteram... Alhamdulillah everything fine... ade a sikit2 pic die neh untuk tatapan, Selamat Pengantin Baru Faiz & Adila...