Coretan Cerita Kecil

| Monday, October 17, 2011 | 1 comments |
Adam ,seorang jejaka berusia 24 tahun... Dilahirkan di pantai timur... Membesar dan dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan cabaran... Sejak dari kecil, Adam dididik untuk tidak melawan dan merelakan setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya... Adam sentiasa tersenyum walaupun pedih dugaan yang dihadapinya...
Kerana sikapnya yang bersopan, Adam sering menjadi mangsa buli di kalangan rakannya... Dirinya sentiasa disalah ertikan dan selalu ditinggalkan... Baginya segala yang berlaku bukan seperti yang dia inginkan...

Adam tidak pernah terfikir untuk meninggalkan seseorang, kerana dia dapat merasai keperitan dalam hati seseorang yang ditindas... Dia tidak pernah diberi peluang untuk melakukan apa yang dia inginkan... Adam sentiasa mentaati arahan dan suruhan ibu bapanya walaupun setiap darinya mengganggu perjalanan kehidupan dan pelajaran Adam...

Bagi Adam hormat menghormati itu penting, walaupun dia tidak dihormati dan sering diiktiraf sebagai "loser",
dia sedikit pun tidak pernah berputus asa untuk memajukan dirinya... Adam tiada memiliki harta yang banyak, tetapi dia kaya dengan hati dan sering menyampaikan hati dan kasih sayangnya kepada orang lain, walaupun ditipu... Baginya semua itu adalah cabaran dalam hidupnya... 

bersambung...